top of page

Tentang Kami / About us :

Pusat Tuisyen Visi 'A'

Pusat Tuisyen Visi 'A' telah ditubuhkan pada 2008. Sebelum ditubuhkan atas nama Visi 'A', kami telah menjalankan program tuisyen sejak tahun 1994 lagi. Subjek Bahasa Melayu ialah subjek paling popular di tempat kami sehingga mencetuskan idea untuk kami menubuhkan Pusat Tuisyen Visi 'A' pada tahun 2008. Kami kemudian mengorak langkah lagi, apabila kami mula membuka kelas - kelas pakej Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kami menyediakan guru-guru hebat yang berpengalaman dan pakar dalam setiap subjek untuk memastikan murid-murid yang melangkah keluar dari Visi 'A' berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang diambil. 

 

Pusat Tuisyen Visi 'A' bukan hanya mengajar anak-anak anda tentang teori, malah kami juga mengajar mereka teknik menjawab soalan yang betul. Kami juga mengadakan ujian bulanan kepada murid-murid kami untuk menilai kualiti pencapaian murid kami. Kami juga menggalakkan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama guru-guru kami untuk bertanyakan prestasi anak - anak mereka. Kami disini amat mementingkan kualiti dan prestasi akademik setiap murid kami.

 

Pusat Tuisyen Visi 'A' terletak berdekatan dengan Pasar Kajang dan Bank Islam Kajang. Oleh itu, daftarlah hari ini demi kecmerlangan akademik anak-anak anda. MARILAH BERSAMA-SAMA RIBUAN MEREKA YANG TELAH BERJAYA.

 

© PUSAT TUISYEN VISI 'A' Proudly created with Wix.com

bottom of page